Ayat yang tersurat

Thursday, March 10, 2011

Sedang aku godek-godek dalam pakcik gogel nie aku terjumpe satu ayat yang best..pada aku la..
Ayatnye  berbunyi begini :

....Orang yang bahagia itu akan selalu...
menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muzik jiwanya, menyediakan waktu berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana itu akan membuat muda menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu segala ketenangan jiwa...
Mungkin ader lagi yang best pasnie aku akan cube tuk kongsikan bersame-same..Sharing Is Caring

Demontrasi Kebakaran

arinie ujan renyai-renyai tak berhenti dari malam tadi..isau gak peristiwa lepas berlaku lagi..harap2 xder ape2 yang terjadi kali nie...Pagi-pagi lagi dah bunyi siren n loceng kecemasan dibunyikan..da demontrasi kebakaran kat tempat aku.meh kite tgok gambar :

kuar asap dari bangunan

sesi berkumpul
nenong nenong bomba datang

encik bomba bersiap siaga

selamatkan mangsa
yang nie jenis rebelling
yang nie pon mangsa daa
p/s : teringat dl time belajo kn pegang pemadam api n sembur kat api..cuak giler :)


Suara muda didengari : SRP

kerajaan telah mengumumkan satu lagi skim baru iaitu Skim Rumah Pertamaku.Skim nie membantu golongan yang berpendapatan kurang daripada 3ribu sebulan untuk memiliki kediaman sendiri.Sewaktu diumumkan baru - baru nie aku sangat terujaa!.. n aku gi cari kat google..nie laman web dier : http://www.srp.com.my. aku tengok kat kriteria2 yang diberikan macam warganegara malaysia, pembeli rumah pertama, individu yang berumur 35 tahun ke bawah, pendapatan kasar tidak lebih dari 3,000 sebulan dan sah dalam jawatan...bab SAH nie aku raser lemah sket..huhuhu...Harap2 skim nie berlanjutan sampai bila-bila saje. nie contoh rumah yang telah disiapkan.

gambar sekadar hiasan

Nie kate- kate majlis pelancaran SRP n sumber dipetik dari http://www.pmo.gov.my/

Kerajaan telah memperkenalkan Skim Rumah Pertamaku melalui Cagamas bagi membantu golongan muda yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah.

By : DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA
Venue : DEWAN TUN HUSSEIN ONN A, PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA (PWTC), KUALA LUMPUR
Date : 08/03/2011
Title : MAJLIS PELANCARAN SKIM RUMAH PERTAMAKU


Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan berkat limpah dan kurnia-Nya dapat kita bersama-sama berkumpul di hari yang penuh bermakna ini untuk Majlis Pelancaran Skim Rumah Pertamaku (SRP). Saya amat berbesar hati untuk hadir pada hari ini untuk merasmikan pelancaran SRP ini.

Pengenalan

Para hadirin sekalian,

1. Pada tahun 2010, negara telah berjaya mencapai pertumbuhan ekonomi 7.2 peratus, melebihi sasaran awal iaitu 7.0 peratus. Bagi tahun 2011 pula, Kerajaan akan berusaha supaya sasaran pertumbuhan sebanyak 6 peratus boleh dicapai. Perlaksanaan projek-projek dibawah inisiatif Economic Transformation Programme (ETP) akan dapat merealisasikan hasrat Kerajaan untuk mencapai kadar pertumbuhan tersebut. Perlaksanaan program dan projek di bawah NKEA akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan terutamanya kepada graduan yang baru memasuki pasaran kerja, dan meningkatkan pendapatan rakyat. Ini akan membolehkan peningkatan lebih tinggi dalam permintaan domestik seperti rumah kediaman yang mampu dimiliki dan barangan pengguna yang lain. Kesemuanya ini seterusnya akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

2. Dalam usaha untuk mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi, kerajaan telah mengenal pasti betapa pentingnya kenaikan kualiti hidup rakyat serta kewujudan persekitaran yang sesuai untuk meningkatkan produktiviti dan inovasi. Ini boleh dicapai dengan adanya perumahan mampu milik untuk rakyat.

3. Salah satu penunjuk sebuah ekonomi yang berkembang ialah pasaran hartanah yang semakin rancak. Ekonomi yang pesat berkembang serta penghijrahan ke bandar dan peningkatan keseluruhan dalam pendapatan boleh guna boleh mengakibatkan peningkatan harga hartanah, terutamanya di kawasan bandar. Peningkatan ini boleh menjangkau sebanyak lebih daripada 30 peratus. Jika keadaan ini dibiarkan berterusan, ia akan menyebabkan golongan tertentu, terutamanya mereka yang baru berkerja dan berpendapatan lebih rendah terlepas peluang memiliki rumah sendiri.

Para hadirin sekalian,

4. Sebagai sebuah Kerajaan yang prihatin, kita telah mengambil pendekatan holistik untuk meningkatkan pemilikan rumah di Malaysia serta mempromosikan rangkuman kewangan di kalangan rakyat. Antara langkah-langkah yang pernah diperkenalkan oleh Kerajaan termasuk melaksanakan Program Perumahan Rakyat (PPR) yang diuruskan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), serta beberapa program bantuan perumahan di bawah Jabatan Perumahan Negara. Selain itu, Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Bhd (SJKP) telah ditubuhkan pada 2008 untuk menyediakan jaminan kepada bank-bank yang memberi pinjaman kepada golongan yang tidak berpendapatan tetap, seperti petani dan peniaga kecil.

5. Ketika pembentangan Bajet 2011 tahun lepas, saya telah menyatakan rancangan Kerajaan untuk melancarkan beberapa inisiatif untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat. Ini termasuk peruntukan sebanyak RM568 juta untuk membina 300 unit di bawah Projek Bantuan Perumahan Bandar, 79,000 unit di bawah Program Perumahan Rakyat dan 8,000 unit di bawah Projek Bantuan Rumah Sewa. Satu peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta telah disediakan khususnya untuk membantu pekerja-pekerja estet memiliki rumah di bawah Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah.

6. Sejajar dengan aspirasi Kerajaan untuk memastikan rumah mampu dimiliki oleh rakyat pendapatan rendah, terutamanya mereka di kawasan bandar, Skim Rumah Pertamaku juga telah diumumkan semasa perbentangan Bajet 2011. Skim ini akan memberi kemudahan terutamanya kepada golongan muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang daripada 3 ribu ringgit sebulan untuk memiliki rumah mereka sendiri.

Para hadirin sekalian,

7. Hari ini merupakan hari yang penting kerana Kerajaan akan melancarkan Skim Rumah Pertamaku. Skim ini merupakan inisiatif Kerajaan yang dilaksanakan dengan kerjasama Cagamas Berhad dan institusi-institusi kewangan yang terlibat untuk mengurangkan beban golongan muda yang menghadapi masalah kos sara hidup serta harga hartanah yang tinggi di lokasi-lokasi tertentu di Malaysia. Ini juga akan membantu golongan muda di Malaysia untuk memiliki rumah pertama mereka dengan cepat.

8. Di samping itu, skim ini secara tidak langsung dapat memupuk sikap jati diri dan keinginan di kalangan anak muda, serta mencapai satu daripada objektif berterusan Kerajaan iaitu untuk menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat Malaysia sama ada di bandar atau luar bandar.

Produk

9. Melalui skim ini, individu terutamanya golongan muda yang berpendapatan bulanan kurang daripada 3 ribu ringgit boleh mendapat pinjaman sebanyak 100 peratus daripada institusi-institusi kewangan terpilih untuk rumah berharga antara 100 ribu ringgit sehingga 220 ribu ringgit dengan tempoh pembiayaan sehingga 30 tahun. Ini bermakna, Kerajaan, melalui Cagamas, akan menjamin bayaran pendahuluan atau wang deposit sebanyak 10 peratus kepada pembeli rumah tersebut. Permohonan pinjaman boleh dibuat secara langsung di cawangan-cawangan perbankan di seluruh negara mulai hari ini.

10. Sehingga kini, Skim ini berjaya melibatkan penyertaan lebih daripada 20 institusi kewangan termasuk institusi-institusi kewangan Islam. Dengan sukacitanya, saya ingin mempelawa bank-bank yang belum menyertai skim ini supaya melibatkan diri supaya inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat boleh dijayakan dengan sepenuhnya.

11. Diharap skim ini juga akan menggalakkan pihak pemaju supaya membina lebih banyak rumah mampu milik untuk rakyat Malaysia.

12. Untuk pengetahuan lebih lanjut, rakyat boleh melawat laman web skim ini di www.srp.com.my.

Penutup

Para hadirin sekalian,

13. Sebagai penutup, izinkan saya mengulangi komitmen kerajaan untuk mempertingkatkan kualiti hidup warga Malaysia dalam usaha kita untuk menjadi sebuah negara maju. Pelancaran Skim Rumah Pertamaku merupakan salah satu contoh komitmen dan keseriusan kerajaan dalam merealisasikan konsep 1Malaysia “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

14. Akhir kata dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Skim Rumah Pertamaku.

Sekian.

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

p/s :  Serius cantik kan rumah nie?..i want!i want!..i want!

PanggiLan InDuksi

Wednesday, March 9, 2011

Minggu nie aku dpt panggilan tuk gi kursus induksi kat hotel crystal crown, port klang...YeaYeaYY.!!!.
Mintak2 la exam tak susah, instructor  tak cerewet n strict n xbanyak assgnment kene wat..huhuhu...
2 minggu kursus nie n aku rase kursus nie paling lame sepanjang aku gi kursus mane2..kursus nie memang diwajibkan untuk penjawat awam cam aku tuk pengesahan jawatan, kenaikan pangkat or gaji dan sebagainya...Kire nie sebagai tempoh percubaan n ujian sebelum nak sahkan dalam jawatan..aku sangat berSYUKUR sebab bukan SENANG sebenarnyer nak bekerja dengan kerajaan nie..Masih ramai lagi orang yang berebut2 nak carik pekerjaan gomen nie...

So, sebagai persediaan kene bawak buku-buku pekeliling tue..aduhai..tebal bukunyer..tue lom lagi barang - barang lain...chaiyok salmiah!!!..kuatkan semangat mantapkan kejituan diri untuk berkhidmat demi negara..

p/s : xsabo nak jumpe kengkwn yang satu batch nie..;)

Pecal or Pecel..?

Assalamualaikum wth.....


sesi potong memotong sayur
 kali nie aku nak ckp pasal makanan jawe..pecal atau pecel...hehehe..dua2 adala benda yang sama..
cara buatnyer tak susah..potong2 jek..cume kuah pecel tue la kene wat betol2 baru sedap rasenyer.

okey, kite potong dl bahan-bahan nie :
2-3 sayur kangkung , kacang panjang - direbus dalam 5minit
buah sengkuang - dipotong panjang
buah timun - dipotong bulat
tempe dan tauhu - dipotong kecil n digoreng dahulu

kuah pecel :
3-5 lada kering - direbus dan dikisar
bawang putih - dikisar
bawang merah - dikisar
kacang tanah - digoreng tanpa minyak , pastu buang kulit n ditumbuk
gula dan garam wat menambah perisa
air

Cara -caranya :
Campurkan bahan2 kisar tue dalam satu bekas dan digaul rata, pastu masukkan kacang sedikit demi sedikit,kalo nak pekat letak banyak kalo nak cair letak air sket. pastu letak garam n gula bagi lagi sedap...dah sudah gaul same gan bahan -bahan yang dipotong n digoreng tadi..best..try la.

p/s : kalo nak wat tuk sambal sate kacang just tumbuk serai 2 batang n masukkan asam jawa,yang pasal kuah tue kene masak dl atas api utk bagi kesedapan lagi ..pergh sedap giler!..raser cam nak makan sate lak..;p

chicken pox menyerang!

Tuesday, March 8, 2011

chicken pox or demam campak merupakan satu penyakit berjangkit di kalangan manusia..n aku tak terkecuali..terkena virus serangan demam campak sebulan selepas aku dinikahkan..bulan 12 ketika aku menghadiri kursus BTN..owh..skank nie ia dah nak dimansuhkan kirenyer aku batch yang terakhir tuk btn nie...aku rase cam sakit atas kepala..aku anggap biase jela..pastu bile malam kedua aku dah mule gatal2 n rase sakit..kuar gelembung2 air n akan rase pedih bile terkene air..time tue aku xtau ape penyakit tue..aku bantai lak gi jogging 2km ..mau xpenuh satu badan aku kene peluh tue..aku mtak tolong kat instructor btn tue gi klinik..dokto tue bagi ubat sapu n ubat makan..aku dibagi cuti sakit..tp sayang pulak aku nak balik gitu je..iyela dah hari ke4 tue..esok tue da exam n blik dah..aku tekadkan semangat..aku abiskan gak kursus nie gan jayanyer..

abis kursus aku dibagi cuti semgu..gi umah en.asben..time tue memg aku rase nak makan sedap2 tp ape bley wat..semue benda rebus n tawar..payau liau rasenyer nak telan..minum air kelape berbiji2..mujur tempat umah en.asben ader kelapa tanam...rendang jek...tgal petik..aku pon sampai tau nak petik..:p..daun semambu diikat n dilibas2 kat badan aku..tuk ilangkan gatal dier ..sabo jela..dah macam cite bomoh dolu2....telan nasi pon cam telan batu aku raser..huhuhu..seksanyer alahai time tue..dugaann.......
bile smgu tue macam okey dah sket blik koje blik..ambek ko..penuh muke aku gan lubang2 parut nie.
.padan muke aku..sape suh gatai kopek bile lom sembuh lagik....

nie la rupe muke aku time kene chicken pox dl n keadaannyer..


time memule kene chicken pox

abes satu muke tempek ubat

dah beransur pulih..kesan parut lak tinggal

time nie pakai cosmoderm gan bio oil

tinggal baki parut yang degil tak ilank2
 
   
zoom sket.sakit bile letak dettol



pastu bile bulan 1 majlis tempat en.asben aku dah isau dah..cner nati time sanding aku tue..mesti bercapuk2 muke aku..nie la kalo dah pompuan..isau memanjang...mujurla..mujur sangat2 tukang mekap tue pandai cover muke aku ..hehehe..aku suke sangat!.horeyy!...sampai aku kate kate dier kalo ley lompat aku lompat dah..toing toing tp xlepas lak sebab aku pakai baju kebaye..kn control sket..hehehe.
nie la hasilnyer..aku lupe lak nak tnye tukang mekap tue bedak ape dier pakai..hehhee


see the wonderful pictures.wah!...licin dahiku..
memang majlis time nie senyum ke pipi memanjang saje..;))

 Bile aku review balik banyak giler alat kosmetik yang aku dah pakai tuk recover parut aku blik.
.: Cosmoderm     
 - ader rose hip oil..memang disarankan oleh farmasi..aku pakai nie kat muke..so far best
.: Bio Oil              
- aku letak kat badan coz kat muke xbper nak serasi..makin jerawat tumbuh banyak
.: Fair & lovely anti Parut
- letak kat badan jugak..tempat yang kritikal
.: Hazeline Snow White        
- penah letak kt muke pastu esok tumbuh jerawat..letak kat badan okey..sejuk jek
.: bedak sejuk      
- letak kat badan n muke / dicampurkan gan asam jawa
.: tia amelia          
- aku pakai krim kunyit waktu malam, krim plembap waktu siang n sunblock..sabun xmo
.: Sendayu tinggi set collagen 
- langsung xboleh kat muke aku dah..dl time nk kawen pakai nie sangat best
.: krim safi tutup hijau   
- disarankan oleh kawan aku..boleh utk mencerahkan n memudarkan parut..so far pakai best.
.: Colgate             
- nie pon aku penah try letak kat muke sejuk je tp pastu tumbuh jerawat.. 
.: Dettol                  
- sapu kat badan..letak kat muke jadik cam kuar nanah...sangat sakit time tue  pedih giler..;(
.: Olay white radiance         
- yang terbaru aku pakai pencuci muka nie..best sangat!

p/s : muke xsemestinye kene wat operation tuk nak cantik tp cara penjagaan dier yang memwatkan muke kite nie berubah jadik cantik..alat kosmetik tu hanyalah alat pemudahcara..rajin amalkan makan ulam2an n pemakanan sihat k...;)..kata en.asben

spagetti goreng..yummy!

yummy..spagetti goreng best!
hari ni aku gan kengkawan aku makan spagetti goreng handmade dari aku..hehehe..
ideas nie datangnyer dari en.asben .dier kate spaggeti nie tuk orang yang berdiet..bley ke aku diet??ehehe..
aku pon try wat..raser cam best jek.nati kalo en.asben datang ley aku masakkan tuk dier..hehehe..rupenyer senang jek..meh kite ramai2 masak jom..:

Bahan2 :-
Spagetti ..(xkisahla ape jenis pon..)
-didihkan air..masuk garam gan minyak masak pastu masuk spaggeti smpai 20 minit..toskan n ketepikan.
Bawang putih,bawang merah, lada kering - dikisar or ditumbuk
Cili boh, serbuk lada hitam, sos tiram, sos tomato, garam - tuk menambah perisa
Tomato dalam 3 or 4 biji - dipotong dadu tuk bagi rase masam2 sket..
daging kisar - aku lebih suke daging burger ramly..sonang koje
sosej or cendawan butang - dipotong ikut suka hati
minyak masak tuk menumis

p/s ; aku xpakai sos spagetti coz ader yang mengatakan ia xhalal..jadinyer aku gune bahan2 asli tuk wat kuah dier nie..

cara -caranya :
1.panaskan minyak..masukkan bahan yang dikisar.dah ader bau masukkan tomato, cili boh, sos tiram,sos tomato,garam bagi dier sebati..bile dah naik minyak masukkan sosej or cendawan butang, daging n kacau rata...agak2 kalo rase kurang ley tambah garam or serbuk black pepper tuk bagi lagi sedap..dah sudah tuangkan atas spagetti tadi n gaulkan...senang kan..bley dihias gan tomato hirisan tomato or salad.hehehe
mudah dan ringkas...mungkin cara nie berbeza sket tp lain orang mesti lain carenyer kan..

yang penting ape yang kite masak tue n bahan2 kite tau datangnyer dari mane...kalo sumbernyer dari benda yang elok kite makan pon senang hati perut pon kenyang.hehhe..

p/s : teringat dl mase bercinta..en asben ske tgok aku makan habis satu pinggan..agaknyer dier tgok aku nie cam xcukup makan kot kecik bebenor..ehehehe..kontra betol skank nie bulat muke aku penangan hasil dari perhatian en.asben...;p

Alahai kete comeiku...

Bulan nie je dah macam2 jadik kat kete aku..tangki air wiper bocor...actually mmg lame bocor dah..cume aku xberkesempatan lagi nak gi repair..aritu aku ader gi tya kat satu kedai workshop nie..dier godek2 ape ntah kat kete aku tue...tauke dier bagi promise nak gi carik barang spare part tuk kete aku...nie la rupe kete aku mase kat workshop tue..

cian kete ku....huhuhu..sakit masuk bengkel

agak lame gak la time tue menunggu tauke tue blik dari crik item...sampai tertido2 gakla aku..bile blik je tauke tue ckp spare part xder..hangin dah aku...dier kate dier nak cube tampal aku pon okeyla..menunggu lagi aku...last2 ader lagi bocornyer..huhuhuhu..tgokla akan datang aku nak try gi kedai hyundai betol nak tanya lagi..

pastue tue satu hal..hal lain lak aku bley terlanggar pintu gate umah sewa aku la plak..hadoooiiii.....nie gara2 angin tiup kuat jadinyer pintu belah kiri tue berbalik ke kanan..time tue lak aku gah fokus belah kanan tuk bagi jangan kene tembok tue..tetibe bunyi dummm kuat...aku cepat2 jalan blik n tgok kete aku kemek dah..ape la nasib ko yek kete..sabo je dpt tuan cam aku..huhuu...sob sob...

kesan kemek
p/s : kalo dapat beli hilux mesti best..aku ley angkut barang gan orang..hahaha

Terminal Bas Bersepadu...Syabas!

                                                      Assalamualaikum..

Semalam xsempat nak mengomel lagi dalam entri nie..kali nie nak ngomel banyak2..ehehehe..

Kali nie aku nak citer pasal TBS..hah..kalo korang nak tau terminal bus bersepadu nie memang superb!..cam airport klia tue..dah xmacam yang kat pudu dl..bersesak sesak gan orang ramai.pening diwatnyer..aku tau la sebab dari dl time aku belajo kat kl duk naik turun bus jek..sampai dah kawen nie pon still lagi naik bus..xtaw la nt akan datang bile dah beranak pinak jadik tauke bus ker...hahahaha..berangan xbertempat la ko nie miah..

Okey..memula tue aku bujet tbs nie semue kaunter bus ader..maksudnyer kite bley gi ke utara, timur, barat, selatan..tp bile aku sampai ke sana yang ader cume ke selatan jek..ah sudah...kalo nak gi ke utara katenyer naik ke bukit jalil...jadinyer terpakselah naik star lrt tue gi stesen bukit jalil..tiket pon cume 70 sen ..xjadik hal cume aku tgok dari segi kaunter star lrt gan kiosk komuter tue kalo bley diperbanyakkan lagi..

lagi satu jalan nak ke lrt pon agak bercelaru...sign board aku tgok betoi dah..cume jalan dier tue agak berpusing2 sket..xkisahla, benda tue msti ley diperbaiki lagi kan in the future..

dan lagi aku kagum tmpat loker dier..hehe..jakun lak aku nie..customer service dier yang friendly n macam2 lagi la..tempat kaunter dier ader bukak banyak..kalo nak beli e-tiket tue kn tgok bus ape yang korang nak pegi..mmg dier akan tulis destinasi semue same je tulisannyer..tp bile tang bus tue mmg ader tempat2 nyer sendiri..bile dah nak berlepas pg kat boarding pass kaunter tuk korang naik bus korang tue..n masa menunggu setengah jam...kalo nak tgok bus tue statusnyer cner bley tgok kat skrin besar kat tgah2.

so far opinion aku kat tbs nie mmg terbaek..n aku berbangga menjadi anak Malaysia yang merasai kesenangan dan kemudahan yang diberikan oleh kerajaan kepada kite..
   
                     "Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan"

Smpat mgambil gambar berlatar belakang TBS
tiket balik kampung

p/s : dl aku rajin kumpul tiket nie sampai satu buku penuh..skank nie xrajin dah..


KaKaK IPar Bertunang

Monday, March 7, 2011

Assalamualaikum wth wbrth n salam sejahtera...

Arini teraser nak byak cerita kat cn..ce cite ..ce cite..(dlm filem mak limah blik umah)
owh..mgu nie aku gi jenguk sitiawan..kakak kema aka kakak ipar nak bertunang.
Aku sampai jumaat malam..majlisnyer keesokan hari dalam tengahari..sebelum tue ader wat kenduri tahlil sket..jemput orang kampung...yosh!..xmenang tangan gak diwatnyer menolong mane yang patut..
Alhamdulilah majlis pon berlangsung dengan baik..insyaAllah kalo xder aral bulan September nie harap2 menjadi n berkekalan bahagia hingga akhir hayat..amin..



Rombongan meminang dari belah lelaki
Jom layan gambo kejap...
Hantaran dari belah perempuan

Hantaran dari belah lelaki

Tahniah KaKak kema :)

Sedara mara yang memeriahkan majlis

p/s : hantaran dari pihak lelaki sangat banyak..untung kakak kema ...hehehe