Login FB dapat duit..Percayakah anda..???

Wednesday, June 9, 2010

Salam semua..
Pekabo..??..
Moga2 reader sehat2 belaka..juz nak sharing information about tis topic..

Pernah x korang dengar pasal login FB dapat duit..??..Mesti penah kan..?.Sebab skank nie dunia ICT dah perkenalkan dunia FB nie..sampai login pon dapat duit..bayangkan betapa mudahnya mendapat duit hasil daripada usaha kecil nie..

Bukan aku nak menafikan..aku jugak penah hendak terjerumus ke dalam dunia nie..aku tgok dekat FB da member lambak duit bertimbun2 dalam FB tue...fuh..OKB(orang kaya baru) tue seh..!!!

Tapi bile aku pikir balik nak menimbang tara segalanya..ianya menjadi gharar(kabur)..dari mane datangnyer hasil duit banyak2 tue..,halal ke cara perniagaanyer.., ader perunding syariah yang mengendalikan ker dan adakah ia benar2 pasti dari cara yang halal atau haram...?

Semua tue menjadi salah satu pertanyaan yang membingungkan kepala dan akal pikiran..ingin mencari jalan senang untuk meraih kejayaan..

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tiada seorang pun yang makan dari pendapatan yang lebih baik dari pendapatan yang di perolehinya hasil dari usaha kedua tangannya dan ketahuilah sesungguhnya nabi Allah Daud a.s makan dari hasil pendapatan kedua tangannya."

Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud: "Mata pencarian yang paling afdhal (bagus) adalah berniaga dengan penuh kebajikan dan dari hasil daya usaha tangan" (Al-Bazar & Ahmad)

Lagi sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: "Tiada makanan yang lebih baik daripada usaha tangan sendiri" (Bukhari)

Hadis-hadis ini menunjukkan bahawa makanan yang terbaik adalah terhasil dari usaha dua tangan sendiri, iaitu dalam kes-kes yang tertentu di mana seseorang itu menjalankan sesuatu jenis perniagaan ataupun perdagangan. Seseorang itu tidaklah boleh menjadi beban kepada orang lain dengan meminta sedekah dan seseorang itu tidak boleh menganggap bahawa adalah kurang mulia untuk melakukan kelas bawahan.

Nabi-nabi Allah Ta'ala telah turut melakukan pekerjaan yang berat. Oleh itu tiada seorang pun yang dapat melebihi atau menyamai kemulian mereka. Dalam masa yang sama juga, mereka telah bekerja kuat untuk meneruskan kehidupan. Menurut satu hadis, diriwayatkan bahawa tiada seorang nabi pun yang tidak mengembala kambing. Apa yang perlu di fahami ialah orang-orang Islam itu hendaklah jauhkan diri dari sifat jahil dan bodoh sombong.

Apabila seseorang itu semasa kecilnya telah di berikan makanan yang haram oleh ibubapanya tetapi apabila usianya sudah dewasa dia berusaha untuk memeperolehi makanan yanag halal, maka ia tidak termasuk dalam peraturan ini. Dalam kes ini dosa memberikan makanan yang haram terletak di atas bahu kedua ibubapanya. Bagaimanakah doa orang-orang ini (ibu bapa) akan di terima?

Dalam hadis ini doa lelaki tersebut tertolak kerana punca pendapatannya haram walaupun ia telah mengalami kesusahan dan telah berdoa dalam keadaan yang begitu dhaif dan melarat. Doa dia tidak akan di terima dan jika pada waktu lain doanya di terima, ini bukanlah di sebabkan doa yang dilakukannya itu tetapi di sebabkan taqdir yang di tentukan untuknya sebagaimana halnya dengan orang-orang kafir.

Sehubungan dengan itu, apa yang dapat di pelajari bahawa banyak keberkatan dalam makanan yang halal kerana ia banyak memepengaruhi kehidupan dan segala aktivitinya. Melalui makanan yang halal seseorang itu memperolehi kekuatan untuk melakuakn amalan-amalan soleh dan anggota akan mentaati akal. Imam Ghazali r.alaih menceritakan mengenai seorang wali, Suhail r.a pernah berkata: "Apabila seseorang itu makan makanan yang haram, anggota badannya enggan untuk mengikuti fikirannya." Dalam perkataan lain, otak akan memerintahkan tubuh agar melakukan amalan soleh tetapi anggota badan enggan melakukannya.

Abdullah Bin Mubarak r.alaih berkata: "Bagiku memulangkan kepada pemiliknya satu dirham yang sampai ke tangan aku dengan cara yang haram sama ada dalam bentuk hadiah atau selainnya adalah lebih baik untukku dari bersedekah sebanyak enam ratus dirham. Cuba Kita lihat apa yang di ucapkan oleh Ulama ini? Kita lebih suka menerima apa saja yang tidak tahu sama ada haram atau halalnya benda itu.

Kata-kata Abdullah ibnu Mubarak menunjukkan bagaimana setiap dari kita mesti berhati-hati terhadap sebarang kekayaan atau harta yang di milikinya dan pastikan dari mana sumbernya. Semoga Allah Ta'ala beri taufiq dan hidayah kepada kita untuk menjauhi dari yang haram. Amin..

Di dalam tubuh manusia juga terdapat seketul daging. Jika seketul daging ini baik (tanpa mengalami kecacatan rohani dan fizikal) maka keseluruhan tubuh akan menjadi baik. Sebaliknya apabila seketul daging ini rosak maka seluruh tubuh manusia akan menjadi rosak. Ketahuilah bahawa seketul daging tersebut adalah hati (Al-Qalb/Heart). Hati adalah pemerintah bagi keseluruhan tubuh, kesihatannya juga adalah merupakan kesihatan untuk seluruh tubuh. Hati akan menjadi sihat hanya sekiranya empunya diri mentaati Allah Ta'ala. Akibat dosa-dosa maka hati akan menjadi hitam.

Sebagai kesimpulan pencapaian kesolehan bergantung kepada keelokan dan kesucian hati. Kesucian hati pula bergantung kepada rezeki yang halal. Oleh yang demikian, kita sudah mengetahui akan kepentingan dalam menekankan peranan halal ini. (WALLAHU'ALAM)

p/s...>tepuk dada tanya iman...:)

aduyai..!!!

Wednesday, June 2, 2010

Arinie...2/6/2010. Baru ader mase tuk aku coret2 dlam blog nie..erm..ape update terkini ek..owh..aku dah berpindah umah sewa dari Taman Yayasan ke Taman Seri Alam..so far surrounding environment quite better..peaceful and dekat sket nak g ke tempat keje..dalam 10 minit smpai dah..hehehe..aku suke..n still lagi duk bersame gan umi..rumate kesayangan..muahhx

Aritu 30/5.2010 my hubby datang ke johor..suke sangat..dier nak amek kak iyong tuk bwk blik ke perak..so dier turun bp tuk berjumper denganku dl sementara menunggu kakak dier blik dari jb..Jalan2 ke Ayer Itam beli nenas sarawak gan keladi, bantal dan macam2 lagi la..penuh jugakla kete aku yang comel late tue..hehehe..pastu kitorang gerak g tangkak..kat ctu borng baju batik n baju kurng utkku...dapat jugak baju batik yang diinginkan tue..

Wekend nie nak g Perak tuk penuhi undangan kakak dier..kire serampang 2 mate la tue..jumper sedara mare dier..cuak jugak...huhuhu..tapi so far his family is very sporting..sayang la kat bakal mak mertua aku tue...hehhee..kene sopan santun nie..hohoho..

Aduyai..bulan 6 nie memg byak event..rase cam xder waktu sabtu ahad tuk ku..huhuhu..
Minggu pertama :- Gi ke Perak
Minggu Kedua :- Jiran sebelah kahwin..(baya adikku dah kawen..bile la time aku nie..)
Minggu Ketiga :- Kawan sekerja kahwin..(kn prepare hadiah banyak nie..)
Minggu keempat :- Kembara Mahkota Johor..konpem nie mesti bz giler

Pendek kate memang tis month fully book hanya tuk orang kahwin jek...