Salam 1 malaysia dan hiii there...
Ermmm..Susah nak pilih warna tema? hmm..bukanlah satu benda yang susah sangat, kan? Masalahnya sekarang, punyalah banyak warna yang ada kat dunia ni (purple, dark purple, light purple, royal purple, purple pink - ini baru purple..tak sebut warna lain lagi) . Mana tak pengantin rambang mata nak pilih warna yang mana satu :-)
Pemilihan warna tema mempunyai kaitan dengan beberapa perkara. Anda mempunyai kebebasan samada mahu mengaitkan perkara-perkara di bawah dengan warna tema atau pun tidak. Akan tetapi, dengan menyelitkan sedikit sebanyak unsur warna tema anda, pastinya ia akan menghidupkan lagi tema perkahwinan yang anda inginkan.
Antaranya ialah seperti;
1. Busana pengantin
Jika anda bercadang untuk menggunakan warna tema dalam busana pengantin, pastikan kulit anda dan pasangan sesuai dengan warna tersebut. Jika anda sukakan warna oren (yang biasanya agak menyilaukan mata), pastikan pasangan anda tidak terlalu gelap orangnya. Takut-takut orang tak kenal yang mana satu pasangan pengantin anda. (laaa…itu ke orangnya???)Selain tu, tetamu anda juga akan dapat mengetahui warna tema majlis, berdasarkan warna busana pengantin. Daripada trend masa kini, saya melihat warna busana seperti; putih, krim dan silver sesuai untuk apa sahaja jenis warna tema yang anda pilih.
Gabungan 2 warna dalam satu busana juga boleh menyerikan lagi penampilan anda. Tapi, pastikan yang anda telah melihat contoh the real busana terlebih dahulu, sebelum menempah atau menyewanya.
2. Hiasan lokasi
Merangkumi hiasan kanopi atau dewan, hiasan meja, riben pembalut kerusi, bilik tidur, dan lain-lain. Kebiasannya, jika majlis anda mempunyai warna tema, tidak boleh tidak, hiasannya pasti ada kaitan dengan warna tersebut.
3. Makanan & minuman
Seperti; Warna icing yang digunakan untuk kek dan cupcakes, sedikit pewarna yang digunakan untuk hidangan nasi, minuman berwarna biru (untuk majlis bertemakan biru) dll
4. Hantaran & Cenderahati perkahwinan
Hiasan hantaran, beg cenderahati tetamu, kotak atau bekas meletakkan cenderahati, dan mungkin cenderahati itu sendiri mempunyai unsur warna tema.
5. Baju pengapit pengantin & ahli keluarga
Baju mereka tidak seharusnya sama dengan pengantin, kerana ia boleh menenggelamkan keserian pengantin. Contoh yang mungkin boleh digunakan, jika warna tema ialah pink. Pengantin boleh gunakan warna pink gelap, manakala ahli keluarga mengenakan pink cerah.Atau, mereka juga boleh mengenakan warna tema kedua seperti; jika warna temanya hijau dan krim, pengantin hijau, pengapit dan ahli keluarga mengenakan pakaian krim.
6. Bunga
Warna bunga yang digunakan untuk hiasan dewan, hiasan meja, pintu gerbang, bunga manggar dsb.
7. Kad jemputan
Ia jarang dilakukan lagi pada masa sekarang. Tetapi tidak salah jika anda ingin memberikan gambaran warna tema kepada para jemputan sebelum mereka datang ke majlis anda.
Sebagaimana yang telah saya katakan sebelum ini, anda tidak perlu menggunakan warna tema dalam semua perkara di atas. Andaikata warna yang sama digunakan untuk terlalu banyak benda, majlis anda akan kelihatan suram dan kurang berseri.
Adakalanya, gabungan 2 atau 3 warna tema dapat menyerikan lagi majlis anda. Pastikan anda sudah membuat research terlebih dahulu sebelum membuat pemilihan warna tema, memandangkan ia mempunyai kaitan dengan banyak perkara.
Pdf Download apex cheat sheet history iPad Pro PDF
-
*Reading Pdf apex cheat sheet history Kindle Deals PDF*
Download apex cheat sheet history Doc ManyBooks
Gо thrоugh Frее Bооkѕ Onlіnе іn аddіtіоn tо D...
3 years ago
0 comments:
Post a Comment